Video can’t be displayed
KENALI
AMANI VANILLA TEMERLOH

KENALI KAMI
Amani Vanilla Temerloh (AVT) merupakan pusat tanaman vanilla komersial pertama di Malaysia. Perjalanan kami bermula sejak tahun 2008 apabila pengasas, En. Mohamad Feisal bin Mohamed Norawi, pada usia 26 tahun menanam 400 pokok vanilla sebagai permulaan. Walaupun berdepan cabaran besar kerana tiada rujukan tempatan, beliau tekun belajar melalui internet sehingga berjaya membangunkan ladang vanilla yang kukuh dan menjadi contoh di Malaysia.
Hari ini, AVT dikenali sebagai pusat rujukan utama industri vanilla Malaysia. Kami telah melatih lebih 700 penanam vanilla di seluruh negara dan sering menjadi destinasi rujukan bagi jabatan kerajaan, agensi, universiti serta syarikat korporat dari dalam dan luar negara. Selain melatih, AVT turut membekalkan benih, membeli balik hasil tanaman pelatih, dan berperanan sebagai pusat pengumpulan hasil vanilla Malaysia.
Bagi pengunjung, kafe AVT adalah tarikan utama kerana menghasilkan aiskrim homemade menggunakan vanilla bean sebenar, yang jauh lebih harum dan beraroma berbanding aiskrim vanilla sintetik di pasaran. Produk aiskrim kami dikenali dengan nama komersial Bromella, tanda dagang berdaftar di bawah MyIPO.
Selain aiskrim, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai produk premium berasaskan vanilla asli, termasuk anak pokok, serbuk vanilla (vanilla powder), biji vanilla (vanilla bean), ekstrak vanilla, pes, sirap dan banyak lagi di dalam galeri jualan yang kami sediakan.
Kini, AVT terus berkembang dengan mempelbagaikan produk dan menjadi pusat agropelancongan unggul di Pahang. Pada tahun 2025, AVT telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 20 pusat agropelancongan terbaik Malaysia oleh Bahagian Pelancongan, Jabatan Pertanian Malaysia – bukti kejayaan usaha kami membangunkan industri vanilla tempatan.

misi
- Menjadi pelopor dan pengeluar utama industri vanilla di Malaysia
visi
- Menjadi syarikat utama di Malaysia yang menghasilkan buah Vanilla berkualiti tinggi.
- Menjadi pengeluar produk berasaskan vanilla terutama aiskrim Vanilla Beans untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

KAFE AMANI VANILLA TEMERLOH

PAKEJ AMANI VANILLA TEMERLOH
Amani Vanilla Temerloh menawarkan pengalaman agropelancongan dan latihan vanilla yang lengkap untuk semua peringkat.Dari taklimat asas, sesi praktikal menanam pokok, hingga kursus mendalam tentang penanaman vanilla komersial, kami bantu anda memahami keunikan tanaman bernilai tinggi ini.Setiap pakej dilengkapi dengan aktiviti menarik serta peluang menikmati produk berasaskan vanilla asli AVT. Sesuai untuk pelajar, keluarga, agensi dan pengunjung dari pelbagai lapisan, pakej kami direka agar setiap lawatan menjadi satu kenangan bermakna.
PAKEJ PETANI MUDA